Jumat, 27 Desember 2013

Gambar Dua tewas di tembak polis seorang bolos




Kuala Lumpur: Tindakan bijak anak lelaki pemilik sebuah rumah di Jalan Persiaran Syed Putra 4, Brickfields menghubungi polis selepas kediamannya dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan pistol membolehkan polis menembak mati seorang daripada penjenayah terbabit.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, suspek mati selepas berbalas tembak dengan polis, seorang rakannya cedera parah selepas terkena tembakan di perut dan dada manakala seorang lagi berjaya melarikan diri bersama wang tunai milik mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, rumah diceroboh suspek milik lelaki berusia 60 tahun dan ketika kejadian mangsa bersama isteri, seorang anak perempuan serta anak lelaki tidur di bilik berasingan.

Menurutnya, suspek yang bersenjatakan pistol mengikat pemilik rumah, isteri dan anak perempuannya tanpa menyedari anak lelaki mangsa berusia 20-an ada di dalam satu bilik lain.

“Anak lelaki itu menghubungi polis dan dua kereta peronda polis (MPV) bersama satu pasukan tindak balas Ops Cantas Khas bergegas ke tempat kejadian tiba lima minit kemudian.







--hmetro-awani-rakyatnews

Tidak ada komentar:

Posting Komentar