Senin, 30 Desember 2013
Penganut Kristian Akan Tetap Guna Kalimah Allah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Serdang dari parti DAP, Dr. Ong Kian Ming bertegas bahawa penganut Kristian di negara ini akan tetap menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka meskipun keputusan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya dalam kes majalah mingguan terbitan gereja, The Herald semalam.
Beliau mendakwa, pengunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk merujuk kepada Tuhan agama itu telah lama diamalkan dan ia bukan satu ancaman ke atas Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya berdoa supaya rakan Muslim melawat gereja yang menggunakan bahasa Melayu dan melihat sendiri bahawa perkataan Allah telah lama digunakan dan akan terus digunakan oleh penganut Kristian Malaysia,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menetapkan majalah mingguan terbitan gereja, The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian dalam penerbitan edisi Bahasa Melayu
Mengulas lanjut, Kian Ming berkata, beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan penganut Krsitian secara peribadi berasa sedih dan kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Beliau mendakwa, alasan penghakiman engecewakan kerana ia didakwa melampaui sebab sebenar kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja tersebut.
Kian Ming turut melahirkan kebimbangan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut boleh diguna pakai untuk mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam semua penerbitan termasuk kitab Injil.
“Sebagai pengamal undang-undang, saya sedih kerana hak asasi dan amalan kebebasan agama seperti yang terkandung dalam Perkara 3, 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan telah dinafikan atas alasan undang-undang yang lemah kononnya untuk melindungi keamanan dan keharmonian,” dakwanya lagi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar