Tampilkan postingan dengan label buah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label buah. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Maret 2014
Lelaki Potong Buah Zakarnya dan Lemparkan kepada Polis
posted by indah.com on 6 Jun 2012
t
Lelaki itu yang berasal dari Hackensack, New Jersey, Amerika Syarikat berteriak kepada polis dengan mengatakan dia ingin mati dan siap-siap menuju ke syurga.
Carter menikam dirinya sendiri sebanyak 40 kali dan kemudian melempar buah zakarnya kepada polis , Minggu lalu, dan kini sedang menjalani pemeriksaan kejiwaan.
Carter membentengi diri sendiri di dalam sebuah kamar di rumah ibunya ketika polis datang dan berusaha masuk ke kamar. Ia menikam dirinya sendiri dengan sebuah pisau. Ketika polis mendekatinya, dia melemparkan buah zakarnya . Kini, ia dalam kondisi kritikal di Hackensack University Medical Center.
Rabu, 05 Februari 2014
Pelajar Miliki Empat Buah Pinggang
London – Seorang pelajar wanita yang menjalani pembedahan pada satu buah pinggangnya terkejut apabila diberitahu dia sebenarnya memiliki empat organ berkenaan.
Jessica Curphey, 20, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan melampau pada bahagian kanan pinggangnya.
Hanya beberapa minggu sebelum ini, doktor mengesan berlaku jangkitan pada air kencingnya dan dia diberi antibiotik.
Bagaimanapun, imbasan di Hospital St Helier di Surrey menunjukkan ada imej ‘gelembung’ sebesar 17 sentimeter pada buah pinggang kanannya.
Sebelas hari kemudian, ujian lanjut menunjukkan gelembung itu sebenarnya adalah buah pinggang kedua di bahagian kanan Jessica.
Namun, ia telah rosak dan mesti dibuang.
Ketika pembedahan membuang buah pinggang rosak itu dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati ada satu lagi buah pinggang lain.
Jurucakap hospital berkata, penemuan itu menjadikan Jessica sebenarnya memiliki empat buah pinggang.
“Kejadian begini sangat jarang berlaku,” katanya. Selepas berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang rosak itu Jun tahun lalu, Jessica kini aktif dalam kegiatan amal bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan.
Kata Jessica, sebelum ini dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi apabila dimaklumkan memiliki empat buah pinggang. “Kini agak seronok melihat reaksi orang lain apabila saya memberitahu saya ada buah pinggang tambahan,” katanya ketika ditemui. – Daily Mail
Langganan:
Postingan (Atom)